Saturday, December 13, 2008

Protect!

Kelahiran semakin hampir. Tarikh yang dijangka tak menepati. Dengar bila orang kata - 'kita merancang, Tuhan tentukan'. Aku sendiri tak tau bila dia nak keluar. Dia sengaja biarkan aku berteka-teki cenggini. Biar ada masa untuk aku fikir dan lebih bersedia barangkali.
Walau camanapun keadaannya dan bebilapun dia nak keluar, aku sedar yang Dia sedang menguji keimanan aku. Ini bukan cobaan, ini betul-betul. Ada 'task' yang perlu aku galas [william gallas main kat Arsenal].
Ini tanggunggjawab aku sebagai khalifah di mukabumi. Macam yang Cikgu Anwar selalu kata masa ko-ku pengakap kat SRK Sri Subang Jaya dulu, 'bersedia sokmo'. Bersedia untuk menjadi khalifah dan PROTECT!!

Thursday, December 11, 2008

Hikmah! Hikmah!

Ada sikit kecewa bila baby belum nak keluar hari ni sbb mmg nak date 12/12/2008. Betulla orang kata, apa yang kita harapkan tu tak semestinya jadi mcm yang yg kita nak. Tapi takpe, yang penting my baby sihat walafiat. Masa check-up tadi doc kata jantung ok & doc bagi tempoh 1 week lagi.

Mungkin my baby nak keluar sama date ngan mama & papa dia agaknya - 17 haribulan! Barula one happy family at the hometown.

Aku seorang yang optimis. Aku tau, Tuhan belum bagi anak aku keluar lagi mesti ada sebab & hikmah yang tersirat. Kne pikrkan hikmah selalu. Barula kita boleh jadi hamba yang tau bersyukur! Alhamdulillah!

Tuesday, December 2, 2008

ARSENAL MENANG LAGI!!

Walaupun entri ni agak lambat, tetapi kemenangan Arsenal ke atas Chelsea masih lagi terasa kesegarannya. Van Persie mmg jadi hero mlm tu. Aku kagum!

Rentetan anak lelakiku yang bakal lahir ke mukabumi ini, aku makin terasa debaran tersebut itu. Aku harap semua berjalan dengan lancar. Aku tulis cmni bnyk kali sbb nk korang bc bnyk kali. Bukankah kata-kata itu doa.

Aku akan jadi setenang mungkin untuk diri sendri, isteri dan anak aku nnti. Aku nak jadi hero kepada diorang semua. Aku nak jadi hero yang handal kepada mereka sehandal Van Persie menjadi hero kepada Arsenal pada malam tersebut. Da.

Thursday, November 27, 2008

Week 37 [+ 3 days]

Baru je lepas pegi check-up minggu ke 37 anak aku. Ada lebih kurang 3 minggu je lagi sebelum my first baby lahir. Ops! Jap. Sblm tu nak bgtau yg aku gi buat check-up kay Pusrawi Kota Damansara [bukan Pusrawi si Sepol sengal tu tau]. Bersalin pun kat situ nnti.

Doktor yang meng'check-up' isteriku, Dr. Zul kata by the time baby aku lahir, maybe berat dia less than 3kg. Dr. Zul jgk kata yg berat tu normal & baby sihat. Alhamdulillah!

Next week skali lagi check-up. Skrng ni kiranya tgh standby mode lh. Anytime je my boy bleh lahir. Aku pn tgh berdebar2 nh. Ye r, first time nak jadi papa. Apapn, doakan semua slamat dan berjalan lancar.

May Allah bless us all!!!

Monday, November 17, 2008

Blog as Business

Isnin & Selasa ni aku cuti. Saje je cuti sbb rasa cam dah tak leh fokus time keje. So, aku amik kesempatan 2 hari ni 'tuk fikir 'luar' dari keje. Lama sangat duduk kat ofis, otak jadi imune dengan rutin sampai beku takleh fikir out-of-box. Hasil buah pemikiran dan pencambahan idea:

Time pegi kenduri kahwin Baiti, Abg Syah (bos aku) ada suarakan nak buat website company tp nak cut cost. Jadi, aku cadang buat blog je - cost free [bebas kos] and it's really free [percuma].

Balik aku trus terpikir bila Abg Syah cadangkan supaya jadikan servis create & maintain website company as business. Client amik je client Abg Syah [hehe].

Tapi bila pikir2 balik, website ni kos tinggi & businessman mmg nk cost saving. So, aku ngat yg paling win-win situation utk aku & bizman, create & maintain blog company. Cumanya, aku kne study lah cmner nak mempowerkan blog. Tu yg aku tgh test kat 'title' tuh - ada logo MIA ngan Syahrin & Co.

I hope business nih boleh pegi jauh. Cost free tu. Just kne jadi creative je tuk yakinkan client. Aku tgh test power!!

Friday, November 14, 2008

DETIK - DETIK MENJADI BAPA

Semalam masuk minggu ke - 36 sebelum my first baby kluar ke alam yang kita tgh duduk nh. Ada balance lagi 4 minggu je lagi. Sebagai seorang insan yang baru pertama kali nak menjadi bapa, memanglah perasaan tu bercampur aduk. Tapi papepun kne kuatkan diri jugak. Tak sabar rasanya nak tunggu 'orang baru' dalam family. Kepada viewer blogku yang tak seberapa ni, doakan2 la isteriku mudah deliver n babyku comel cam aku. Thanks! May Allah bless us all!! Da. Till next time.

Tuesday, November 4, 2008

Go Arsenal!!!


Arsenal vs Manchester United [08th Nov 2008] - Arsenal akan menjalankan tanggungjawab untuk menghapuskan MUFC Sabtu ini. Keegoan dan keangkhan MUFC mesti dihapuskan!!! Go Arsenal!!!!!!!!





Thursday, September 11, 2008

Menjana Kewangan Melalui 'Program Tabung Petrol & Diesel'

Anda dijemput untuk menyertai 'Program Tabung Petrol & Diesel' anjuran Aeroline Motors Sdn Bhd. Langkah - langkah tabungan :-


Langkah 1 :
Tabung RM20 tunai untuk borang tabungan kepada Penama 1.

Langkah 2 :
Bank- in RM10 untuk setiap Penama 2,3,4 & 5 di dalam borang.




Langkah 3 :
Bank- in RM50 ke akaun Aeroline Motors Sdn Bhd untuk yuran penyertaan program.


Langkah 4 :
Serahkan borang yang diisi lengkap bersama - sama dengan bank-in slip.


Langkah 5 :
Dapatkan 6 borang yang tertera nama anda sebagai Penama 1.

Langkah 6 :
Ulang langkah 1 hingga 5 untuk 6 borang yang diterima.

Potensi tabungan keseluruhan ialah RM93,390.00.


Sebarang pertanyaan, sila e-mail ke alamat fazrimukhtar@yahoo.com @ post comment anda di blog ini.

Terima kasih & Selamat Menabung.

-fazrimukhtar-














Saturday, July 26, 2008

Malaysia vs Chelsea [29th July 2008]

Semalam Chelsea senang - senang je titik kelab amatur ape nama ntah 7 - 0. Seronok je tgk dorang main, laju. Selasa ni ada peluang ke Stadium Shah Alam tengok sendiri skil2 player Chelsea. Tak harap banyak daripada Skuad Kebangsaan, cuma sebijik goal dari kita. Tunjukkan yang kita mampu score dan tak bape nak kagum dengan orang asing. Dengan kehadiran player2 muda, harap2 dapat tengok entertaining game. Yang penting semangat dan effort dorang. Sekurang2nya ada gak training dan experience yang dorang bleh timba. Pepehal kita tunggu Selasa ni. Viva Malaysia!

My First Blog Ever

Hi, Assalamualaikum. Pertama kali nak cuba - cuba buat blog sendiri. Tertarik bila tengok ramai yang dah ada blog. Persepsi pertama aku tentang blog ni ianya boleh dijadikan 'marketing tools' yang baik. Ramai gak yang salah guna blog ni untuk tujuan jahat. Apapun, sebenarnya ia bergantung pada tangan yang menaip. Tuhan bagi akal untuk fikir baik jahat. Akal pulak adalah antara keajaiban kejadian yang ada kat atas muka bumi yang fana ni. Maka, Manfaatkanlah.

*Masih baru dalam dunia blogging. Sila beri tunjuk ajar. Adiostos!!!